Monday, August 29, 2011

Bukan malam terakhir kita.

Assalamualaikum.

Entry kali ini memang dah tergendala buat kali ke tiga.Ini pun sempat-sempatkan update sebab belog dah macam anak terbiar.Dah la namanya taman.Memang dah semak samun penuh lalang. Berikutan raya bakal menjelma, suasana dah terasa maka bila pulang ke rumah jumpa ibu bapa kena kemas rumah kena lap kipas kena kopek bawang kena pergi bazaar dah jadi agenda utama.Ya dan bye belog lagi tidak terjaga.

Dan berakhirnya ramdhan ini,maka secara rasminya juga Kiz akan terpisah jauh.Biasalah kan, lepas setahun dah macam acara rasmi pulak.Again, long distance relationship.Tapi insyallah kali ini 4 bulan sahaja.

Sebelum berpisah mestilah kena raikan.Ajak rakan taulan bagi memeriahkan.Aina sahaja tapi yang datang.Makan steamboat jadi pilihan.Lepas tu bergambar sakan.Lepastu bye selamat jalan.Eh mestilah ada hadiah perpisahan.Dari kechix, novel Mikhail by Ramli Awang Murshid untuk santapan kelapangan.Dari Iz, bekas aksesori bergaun polka pink.

Layan kan gambar lagi afdhal.

ok comel sangat namapak terus merengek mintak belikan.sungguh kanak-kanak.

oleh kerana iz dah mula minat baca novel, hadiah buku ini rasanya paling tepat.Jangan lupa dapatkan.Terbaik!

Reaksi sebegini ketika nampak makanan adalah biasa.Muka iz macamtu sebab dia demam.Kalau tak lagi cemerlang aksinya.

kiz dan bff.Suka bersama makan gelak ketawa.

Nak manja-manja pless.

Dan untuk itu, Kiz akan berpisah seketika.Tapi Insyallah jauh atau dekat, bisnes akan berjalan seperti biasa.Maka nantikan update dari kami.Bye..

With love,
Kechix Kiz.

3 comments:

eesyaheera said...

Berpisah dengan Iz ke Kecik? Takpe, internet ada. call and sms pun boleh. Selamat hari raya Kiz!

KizZ said...

hye ee..
selamat juga ye..maaf zahir batin.
yup kiz berpisah kejap sebb kechix internship 4 bulan kat johor..so iz further lah lagi setahun kan..
so sorg johor sorg s.alam..
apepun doakan yg terbaik untuk kami k..

Yanyan said...

alolohhh nanti jumpa balik kannn. hihi btw, happy hari raya! dah lama yanyan tak dtg sini :)

Masih Ada Plan B, Mari baca!