Sunday, January 23, 2011

Minum Air masak anda jadi Sihat dan kuat

Suatu ketika dulu
Haha,suatu ketika dulu(padahal baru sebulan),Iz memang seorang 
yang sangat tidak menggemari minuman air masak.Setiap kali order
air kat kedai mesti macam "TEH AIS SATU!",atau " NES AIS SATU!",
atau "NESLO AIS SATU! ", atau lagi "LAICI AIS SATU!".

Ok,itu untuk sebulan yang lepas dan bulan-bulan yang sebelumnya.
Kecix pun cakap , "Minum lah air masak , bagus , nanti bla bla bla bla.

OH Si Iz ni memang buat tak dengar je ape yang si kechix cakap.
Apa yang iz fikir "Ek elee,ye ke,air masak je pun,bukan ada apa-apa
khasiat pun,baik aku minum air manis je,slurpp slurrp(bunyi air disedut)".
Pastu alasan yang diberikan,"Iz tak bleh la minum air masak kalau lepas 
makan,lagi-lagi kalau makan lauk yang pedas-pedas".Whatever..

 TIBA-TIBA!
Wah,suspen tak tajuk?
Ok sambung balik,Tiba-tiba!Sesuatu telah berlaku.
Iz tiba-tiba terkena suatu..suatu....suatu...
Suatu apa pun Kiz tak tau..hihi..Takde pape pun berlaku sebenarnya.
Si Iz tiba-tiba je macam terbuka hati nak minum air masak 1liter sehari.
Dan dia memang amalkannya sampai hari ni.Alhamdulillah syukuur.
Erk,harap-harap berkekalan lah habit tu ya.

TESTIMONI DARI IZ SENDIRI

Nak tulis entri pun air masak kat sebelah tau

Hoho,lepas ubah habit minum air manis kepada air masak 1 liter sehari,
Alhamdulillah lah skang banyak perubahan berlaku beb.Antaranya,setiap
hari badan rasa macam segar,tak selalu lesu macam dulu.Pastu,yang 
paling besh,jerawat berkurang dowhh!!!Ini serius.TAk percaya boleh cuba.
Pastu kalau dalam kelas tu daya pengfokusan agromatik(ape benda ni?)
Gua jadi makin tajam lah.WOOW!Pastu ada macam-macam lagi lah 
kelebihannya.Lu tak percaya lu orang leh try wooo.
P/S:saje guna ayat gua-gua kasi nampak cam orang jahat baru insaf

PESANAN KIZ
Beli lah air masak kiz pasti anda akan rasa sihat dah kuat sepanjang hari.
Hihi,takdelah.Minumlah air masak at least 1liter tiap-tiap hari.Kompem
anda akan dapat rasa perubahannya walaupun sepatutnya kena minum
2liter sehari tapi sape nak buat camtu.

Kita nak ubah habit kita kena sikit-sikit lah kan.Mula-mula setengah liter,
pastu 1 liter,pastu 2 liter.Kan kan kan.Ahah,tertinggal tadi,pastu yang
paling besh,dulu kalau makan kat kedai mesti rasa nak minum air manis
kan.Skang tak,tak rasa lansung pun nak minum air manis.Tengok air pepsi
atau coke memang tak terliur pun.Pastu yang lagi best,kita leh jimat
duit dekat-dekat RM1 jugak tau setiap kali makan.

Jadi apa tunggu lagi..
Berubahlah demi kesihatan tubuh badan anda.Yeah!!!


28 comments:

Scorpio Warrior said...

alahai,,,inilah yang paling lemah.kalo air masak rasa air kelapa syok kan?=p

ladymiss said...

air masak buang toksik dalam badan :)

♥ 미스 kiera ♥ said...

sy mmg suka minum air masak.
boleh bilang la bape kali seminggu sy minum air manis2 ni.

3 minggu sy habiskan 24 botol mineral kecik.

hmm...tapi still rase mcm sikit je sy minum.

YUL said...

haha, air masak sebenarnya memang banyak khasiatnye, sebelah laptop aku nie pon ada air masak gak, kalau2 dahaga boleh minum, ehehe

♥ 미스 kiera ♥ said...

sy mmg suka minum air masak.
boleh bilang la bape kali seminggu sy minum air manis2 ni.

3 minggu sy habiskan 24 botol mineral kecik.

hmm...tapi still rase mcm sikit je sy minum.

niesz said...

betul2..kena minum air kosong selalu..tuk buang toksin lam bdn..hehe..

mamawana said...

Suka minum air masak rasa puas. lepas minum kopi ka teh ka kena bilas dgn air masak segelas jugak akhirnya. Sebelum tidur memang minum air masak or susu tanpa gula. Nyenyakkk you..

Nurin Farhanah said...

minum sikit2 dulu,
lepas tu tambah kuantiti..
mula2 2 memang terkencing2 kot..
lame2 okey

adyna AB said...

minum air masak nie mmg btl leh jadi penawar..kalu x xder le time exam org buat jampi hehehe walhal aura air tue sendiri..bila tmbah ngan doa n selawat bertambah mujarab ;)

KizZ said...

Hoho...Cik_paan..
Betul lah tu...mula-mula mesti akan selalu terkencing tapi tu memang proses mula-mula dia untuk menyihatkan kita..betul tak..hihi

Dearie Pearls said...

saya sangat sukakan air masak esp yang suam2.

kalau makan kat luar, saya minta air suam sampai kawan cakap;

'minumlah air lain. air suam boleh je minum kat rumah.'

papun, i likeeeeeeee air suam so much!
muahaha..

adie said...

air masak ni mmg bagus.tapi pastikan air masak dari sumber air yg ditapis.

Anonymous said...

blue suka air matang
salam hangat dari blue

KizZ said...

@Pearls
Wah..air masak jadi air kegemaran eah?
BESH BESH!!LIKE LIKE!!

Tie said...

Kita pun selalu gak order air masak bila makan di luar. Sebab selalunya anak-anak tak habis minum air, jadi kita tak nak membazir, hehe...

Unknown said...

saya suka minum air masak..
sekarang dah jarang minum air mansi lebih2 lagi air berkarbonat.

Encik MamaT said...

saya pun sediakan bekas air masak.. jarang minum minuman bergula.. hehe

KizZ said...

@Kak Tie
Hahakz..bagus idea tuh...Kiz pun tak terfikir..
T kawen leh pakai..heheh..

Anonymous said...

saatnya bersemangat ngeblog lagi kawan
salam hangat dari blue

hans said...

yups
dulu pun den jarang minum air masak
tapi sekarang air masak lah yang selalu diamalkan
tak pun jus buah
minum air masak memang buat diri rasa segar lah
dan betul
jerawat selalunya susah nak ada kalau minum banyak air

Bruno Mars Concerts Live In Kuala Lumpur, Malaysia on 10 April 2011

MR. SYAH said...

adoi.. aku klu makan mmg susah nak order air masak.. macam xde feel je nak minum.. tp sejak akhir2 ni bila tgk geng aku minum air masak je masa makan.. aku pun turut join sebab nak jimat.. hehe..

Unknown said...

kita suke minum suam2... sebab rasa manis-manis jek.. tak caya??? cubala... sure bukan takat 1 liter je awak boleh minum.. pasti lebih...

hans said...

kizz
raya cina ni balik kampung ker or still dekat Shah Alam?

Vote Hans Bernombor 10 Diruangan Komen

Unknown said...

sebelum tu nk tanya owner nlog ni laki ke pmpuan??? ape2pun thnkz bg info ni sy pun ska minum air manis ni sbb tu bdan rasa malas ape2pun nk cuba tips ni moga badan sihat semula..

KizZ said...

@Syah
Haa...boleh tu..cuba lagi...lama-lama mesti boleh punya minum air masak...serius...

ahmad endo said...

aku tak suka air masak...aku suka air koka kola...hehehe

Anonymous said...

saatnya bersemangat ngblg lagi.ehhehe
salam hangat dari blue

FadhDeela said...

Hai kizz..
minum byk air masak senang nak wat pencernaan..hihihi

Meh singgah: Ada Org Mencarut2 kat Blog Kita!!!

Masih Ada Plan B, Mari baca!