Sunday, December 5, 2010

10 Kelebihan Bermain Games!


credit to http://www.tastyhuman.com


Hidup.Hidup tanpa keseronokan bagaikan pokok krismas tanpa hiasannya(Asyik main hentam je peribahasa Kiz ni),Yelah,pokoknya segar,nampak hidup,TAPI,hmm,tak ceria.Begitu juga dengan kita,kalau kita ni hidup berkerjaya,ada keluarga tapi tak pernah berserunuk kan tak lengkap tu.Kiz kat sini pasti ramai diluar sana mempunyai cara untuk berseronok ataupun berhibur masing-masing.DAN,ramai jugak diluar sana tu,memilih bermain 'GAMES' sebagai cara mereka untuk berhibur.Ahah,begitu jugak dengan si Iz ni sampaikan Cik Chix Kiz kita ni kata Si Iz ni hantu games..haa..dasyat tuu..


Ahah..Jom kita kongsi mengongsi pengalaman sikit kat sini.Tatkala anda sedang bermain 'GAMES' dirumah?ATAUPUN dipejabat secara sorok-sorok?Ataupun,tatkala Cikgu anda sedang mengajar dan anda bermain 'PSP' secara senyap-senyap bawah meja?Ataupun atau-atau yang lain(eh?)?Pernahkah anda terdengar suara-suara yang mengatakan macam...
A:" Alonggg!!Dah ler tu main game,main game aje 25jam ko ni!!"
B:"Hah!Ape ko buat tu hah abu?!Cikgu mengajar kat depan ko seronok-ronok main kat belakang ea?!"
C:"Dah-dah le tu abang,tak elok main games ni,bla bla bla bla"

Ya!Jika ada,sila angkat tangan!Iz dah angkat tangan ni.Hehe.Apa lah diorang ni,diorang tak tau betapa syoknya main games ni..betul tak?Tak percaya?Jom la try.haa..Eleh..sodap jee nak tegur-tegur kita banyak main games ek..Hmm,nanti ko..Eyaaah!Nah 'ambik' ni Kiz bagi 10 Kelebihan bermain games.Ahaa,ulang sekali lagi,bukan keburukan ya..kelebihan tau..

10 KELEBIHAN BERMAIN GAMES
(1)EMPATI:
Empati?Apa tu?Ok,merujuk kepada kamus online kat google nih,empati merujuk kepada kebolehan seseorang tu untuk meletakkan diri dalam kedudukan orang lain.Maknanya,kita akan dapat rasa apa yang orang lain rasa sebab yelah,dalam games,kita perlukan ciri-ciri tu untuk memudahkan kita untuk mengagak apa player lain akan buat.Haa..


(2)CEPAT MENYELESAIKAN MASALAH
Kebanyakan "GAMES' yang direka memerlukan seseorang permain tu untuk mematuhi peraturan,mereka strategi dan taktik , dan dalam masa yang sama memenuhi objektif yang ditetapkan dalam masa yang pantas untuk menang.Yeeha.Ahah,ada fakta mengatakan bahawa satu survey terhadap bilangan keluarga yang sangat besar yang dilakukan oleh Sony Online Entertainment dan Yahoo!  mendapati bahawa 70% daripada survey yang dilakukan keatas sebilangan besar ibu bapa menunjukkan kebolehan anak-anak mereka dalam penyelesaian masalah meningkat selepas mereka mula bermain games.Bestnya!






(3)LEBIH BAIK DARIPADA MENONTON TELEVISYEN
Antara perbezaan yang paling jelas antara banyak menonton televisyen dengan banyak bermain 'GAMES' adalah menonton Televisyen hanya memberikan kita pengalaman yang pasif.Pasif disini bermaksud,apa yang kita dapat daripada menonton televisyen adalah hanya sekadar menonton dan mendapat sedikit info.Lain pulak dengan main games,haa,bila main games , kita akan lebih cepat berfikir , cepat membuat tindakan serta keputusan.Jadi..Banyakkan main Games,kurangkan TV lah ya..hehe






(4)MELEPASKAN STRESS
Ahaaa..Dengan bermain games juga,kita akan dapat melepaskan stress yang terkumpul dalam badan kita.Haa,lagi-lagi kalau games tu game tumbuk-tumbuk atau tembak-tembak tau.Kiz pun sangat-sangat setuju dengan kenyataan ni.Nak bukti?Okay,Suatu kajian daripada Universiti Oxford mengatakan bahawa dengan hanya bermain game 'tetris' sahaja sudah cukup untuk melepaskan stress yang biasa.Jadi,jika anda stress,ahaa terus la terkam joystick kat rumah tu.


(5)MENINGKATKAN KOORDINASI KECEKAPAN TANGAN-MATA
Suatu kajian yang dijalankan di Beth Israel Medical Center, New York menunjukkan hubungan antara bermain games dengan kecekapan tangan-mata seseorang.Kajian tu dijalankan ke atas 303 pakar bedah dan hasilnya?Pakar bedah yang banyak bermain games yang memerlukan kepandaian dan ketangkasan tangan lebih pantas melakukan pembedahan dengan betul berbanding pakar bedah yang tidak bermain games.Nak jadi pakar bedah?Banyak-banyak la main game ye..hehe






(6) PENAWAR UNTUK PENYAKIT-PENYAKIT YANG TERUK
Ish.Betul ke?Daripada yang Kiz baca kat satu website nie,dia cakap ada satu  Nationwide Children’s Hospital Burn Center dah mula menggunakan 'games' sebagai salah satu cara untuk merawat penyakit-penyakit yang teruk.Katanya, bermain game boleh mengalih perhatian seseorang pesakit tu daripada asyik berfikir saja tentang penyakit yang dihadapinya.Jadi,senanglah ubat yang digunakan tu nak berkesan.Hmm,betul jugak eh.


(7)PENGLIHATAN YANG LEBIH TAJAM
Kebanyakan orang yang bermain 'games' yang melibatkan action biasanya akan mempunyai penglihatan yang lebih tajam berbanding manusia biasa.Mengapa?Sebab bila kita main 'game action' ni,mata kita akan sentiasa fokus kat lawan kita,musuh-musuh yang mungkin menyerang pada bila-bila masa.chewaahh.Contohnya macam main 'counter strike','counter strike' ni game melibatkan tembak menembak antara geng kita dengan musuh tau,so,kita akan sentiasa aware atau dengan kata lain,FOKUS..haa






(8)MENGELAKKAN DARI TERLEBIH MAKAN ATAU SUKA MAKAN MAKANAN RINGAN
Kajian juga mendapati bahawa dengan bermain 'games',ia akan dapat mengalih perhatian seseorang tu daripada tebiat suka makan makanan ringan ataupun terlebih makan sebab tangan duk buzy je menekan joystick.Ada juga yang gunakan 'games' untuk mengurangkan tabiat merokok tau.


(9)CARA PENGAJARAN YANG BARU
Pernah tak ada cikgu-cikgu disekolah anda menggunakan games sebagai salah satu cara nak mengajar anda disekolah atau diUniversiti?Sebenarnya, menggunakan games sebagai medium mengajar juga adalah pilihan yang bagus sebab ia lebih cepat memberi input kepada pelajar berbanding dengan lecturer atau guru yang mengajar dengan hanya memberi 'lecture' semata-mata.Cikgu-cikgu sekolah boleh praktikkan benda nih ya.


(10)FIKIRAN YANG LEBIH MELUAS
Dengan bermain games,imaginasi minda kita ni akan berkembang tau,berkembang sampai mana?Haa tu yang Kiz tak tau tu.Tapi pemikirang yang berkembang sebenarnya akan meluaskan lagi ideologi pemikiran kita.Penting tu dalam kehidupan.Selain dari tu,ia membantu kita untuk berfikir lebih kreatif sebagaimana kita berfikir untuk menamatkan sesuatu misi dalam 'games' yang kita main tu..






Waah,panjangnya Kiz menulis kali ni..harap-harap pembaca semua dapat lah ya input yang cuba Kiz sampaikan.Dah tau 'games' tu bagus janganla pulak games je sepanjang masa tak ingat solat ya.Itu tak baik punyerr..haa..eh opps,lupa nak cakap,info-info ni kebanyakannya Kiz ambil daripada link ni,so nak tau lebih lanjut,baca disana okay.TATA

16 comments:

mknace unlimited said...

:):):)
nice

KizZ said...

hai MKnace..TQ

AM SYA said...

tp akak xsuke sgt men game

sbb menanmbhkn lg stress~haha

biler xlepas2 level game tuh

akak mmg jd stress je! ;P

Wan Gerrard said...

wah terbaik la bro..nak main game la 25 jam je =P

suka_haha said...

rasa seronok hehe..
jemput ke sini ye

AngahSayang2314 said...

singgah & 4llow jom tukar2 link

WanitaMustanir said...

tak minat sangat main games.. sob..sob..sob..

jemputlah baca entri baru, ia ttg kecantikan wanita..Kecantikan Luar Biasa yang Tiruan, Akhirnya Menjerat Diri.. Ingin Salahkan Siapa?? di shirashafrida.blogspot.com

KizZ said...

To amsya:
haha..biasa lah tu..kiz pun rs cmtu kadang2..eh..haa dari situ kita leh tmbh 1 ag kelebihan..jgn cepat putus asa..haa

KizZ said...

To wan:
Hehe..u're right..BUT,kena minus 1 jam..hehe..

KizZ said...

To suka-suka:
TQ..suka suka jugak kiz bc komen awak

To Angah:
Okay..will be following u..

KizZ said...

To shira..

hi..its okay...msg2 kan ade cara tsndiri having fun..mcm intro kiz tu..

cikbelog said...

cikbelog akan maen game bila stress ngan exam dan asignment..hehee

KizZ said...

to Cik Belog:
haha...kiz kalau stress tido je trus..

-fizA- said...

owh..

tak sia2 sy main game.

=))

ompelb said...

terbaek la bro..

ompelb said...

terbaek la bro..

Masih Ada Plan B, Mari baca!