Monday, November 22, 2010

Peringatan!Sila Jangan Tidur Lewat??

imej dipinjam dari pakcik google
Selamat datang sekali lagi ke Kiz Garden,macam dan macam ada..heh.Eh?Apa benda tajuk Kiz kali ni?Jangan Tidur lewat?Ish,kenapa tak boleh tidur lewat pulak..?Selama ni aku tidur lewat takde masalah pun.Kecoh lah Kiz ni..

Ohoohaaaii..Pause Jap.Sebelum nak cakap camtu,jom baca dulu apa reason Kiz nak bagi ni..haa..
Untuk pengetahuan Tuan dan Puan semua ( formal la pula ).Cukup rehat Ataupun cukup tidur ni sebenarnya amat penting dalam hidup tau.Kenapa penting?Haa,sebab kalau kita tak cukup tidoq(tiba-tibva keluar loghat kedah),toksik dalam badan kita akan berkumpul bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.Haa,memang kiz main taram je peribahasa tu,ignore je okeyh..hehe..So apabila toksik terkumpul terlalu banyak dalam badan,mood dan kesihatan kita akan terjejas dan ini boleh membawa kepada kerosakan pada HATI???!!

Ahah,ni Kiz bagi list aktiviti yang boleh membawa kepada masalah hati yang selalu kita buat,hehe.
1.Tidur lambat atau bangun lambat
2.Tak buang air kecil masa pagi
3.Haa!banyak sangat makan
4.Tak makan pagi,ni mesti ramai buat ni
5.Banyak sangat makan produk kesihatan
6.Banyak makan makanan ringan(budak-budak suka r ni)
7.Banyak makan makanan yang berminyak.So,kena kurangkan pengguanaan minyak dalam masakan lah ibu-ibu ya.
8.Hah!makan nasi goreng-goreng masa tengah letih.Tak boleh tak boleh!

Ahaa..so apalagi..elakkan ya yang mana patut.Semangat tu mesti ada.Nah,ni Kiz bagi beberapa fakta-fakta menarik tentang masa dan pemakanan
1.Malam 9-11pm:
Ni adalah masa untuk badan tu menyinkirkan toksik-toksik yang tidak diperlukan dalam sistem antibodi badan kita.Masa ni elok kalau kita dengar lagu-lagu yang slow ya.Tapi kalau untuk yang beragama islam dengar ayat-ayat suci Al-Quran lagi bagus..haa.

2.Malam 11pm-1am:
Proses membuang toksin dalam hati,biasanya dia akan start proses masa kita tidur.Tu yang kena tidur awal tu..

3. Pagi 1am-3am:
Proses membuang toksin dalam bahagian empedu kita.Proses ni jugak berlaku masa kita tidur.So bayangkanlah kalau masa ni pun kita tak tidoq lagi kan.

4.Awal pagi 3am-5am:
Proses membuang toksin dalam bahagian usus besar.

5.Pagi 7-9am:
Penyerapan nutrien dalam badan berlaku.Sebab tu masa ni elok kita ambil sarapan.Untuk pengetahuan best,'breakfast' sepatutnya diamalkan sebelum pukul 6.30am tau.Tapi untuk yang tengah sakit sarapan sebelum pukul 7.30am adalah terbaik untuk anda.Yeah!
Tapi kalau tiba-tiba terbangun lambat ke sarapan antara pukul 9-10am pun okey lagi ya daripada tak sarapan lansung.

p/s:So kepada sesiapa yang dah ada habit tak sarapan tu renung-renungkan dan selamat beramal lah ya

p/s/s:Kepada sape yang nak badan fit dan menawan tu seelok-eloknya sarapan sebelum 7.30am.WAH!nak buat lah!


Huu...nampaknya kita dah kesuntukan masa,jumpa lagi pada hari yang lain , waktu yang lain okey(sebab penulis tak tentu masa update blog..hehe..jom tido..dah lambat nih..tata

2 comments:

.aira. said...

seriesly best, HAHA, lepas nih nak makan je lah, dari pukul 5 sampai pukul 9 pagi, makan makan makan, =)

new entri xD :
EDISI MAK GUA PESAN #1 : CIRIciri MENANTU AKU

KizZ said...

haha..betul3...mari3 makan3...haha

Masih Ada Plan B, Mari baca!