Friday, August 21, 2009

sederhana dan gembira**sumpah!!

hye.kita mulakan dengan senyum.ya itu tanda bahagia.bahagia wei.sumpah tak tipu.oleh itu siapa yang agak-agak sedang kurang bahagia mari senyum.ok kan??

sederhana dan gembira.
ya.sederhana dan gembira.kami sederhana.kami gembira.
bermula dengan pandangan debaran yang berbeza,kami memulakan hubungan ini dengan sederhana.tiada wang lebihan untuk kami.latar belakang yang berbeza tapi hakikat adalah sama.sederhana.kami mengaku di besarkan dalam keadaan yang teramat sederhana.tiada barang mewah mahupun emas permata di saji oleh orang tua.kami menerima seadanya.walau tiada apa,kami tetap gembira.mama dan ibu mendidik dengan cara sebegini dan kami menerima dengan lapang dada.tidak pernah mendengar kata-kata 'ini mama belikan kereta untuk kamu",atau jauh sekali "ini duit ibu bagi untuk bershopping".

ramai kawan-kawan terkejut apabila di beritahu bahawa kami menjalankan perniagaan demi hubungan kami.kami mencari duit untuk setiap pertemuan yang di atur.kami menggunakan wang untung bersih setelah di tolak segala macam kos lain untuk setiap perbelanjaan di kala berpacaran.wang pemberian keluarga kami'gunakan untuk keperluan,buku-buku dan segala macam yang menuntut wang ringgit.

kami melalui banyak kesusahan dan kesenangan.kami melalui dengan gembira.kadangkala kami memilih cara paling murah dalam hubungan ini.pernah suatu ketika kami membeli makanan di dining yang memberi subsidi makan,lalu menjamu selera bersama.kami mengaku kami membayar makanan sendiri setiap kali menjamu selera bersama.apabila ada wang hadiah atau rezeki murah,barulah salah seorangakan membayar untuk kedua.kami menaiki bus untuk ke bandar atau ke mana sahaja kami mahu.

maka,apabila ada yang menipu dan mengambil kesempatan serta buli dendam dan beranggapan hati kami tidak perlu di jaga atau sangka hati kami sangat kuat dengan dugaan, kami sangat kecewa.gila duka dan lara.betul wei.tak tipu punya.sumpah seranah yang berhimpun dalam hati belum mampu diluah sahaja.tapi tak mengapa ayat redha dan tiada rezeki sudah kami terima.bak kata pepatah,"what u give u get back".maka marilah berdoa pada mereka yang menipu daya agar mendapat balasannya.eh.tak baik wei.ok,begini,kami doa mereka mendapat petunjuk dan hidayah.dan marilah sayang kita jauhi mereka ini.kita tidak layak bersama mereka.mungkin juga mereka jijik dengan kita yang tiada apa sehingga asyik membuat kita sedih sahaja.tidak mengapa.kami menjauh ok.jangan risau.kami sedar diri.

segala macam masalah tentang perniagaan membuat kami terfikir sejenak adakah semangat untuk meneruskan perniagaan kami.mungkin ya.dan mungkin tidak.

::selamat berpuasa kawan-kawan.lupakan segala sengketa.mari kita buat ibadah bersama::

No comments:

Masih Ada Plan B, Mari baca!