Sunday, July 29, 2012

Nisfu syaaban. Siapa nak tau pasal Nisfu syaaban?

Saya!!! Eh sendiri tanya sendiri jawab pulak Kiz ni. Pelik pelik pelik. Eh haa kan dah lupa nak buat salam perkenalan di bulan Ramadhan Al-Mubarak yang mulia ini.

OK. Assalamualaikum. Salam Sejahtera Semua.


So hari ni Kiz rasa macam nak share kat korang benda baik sikit ye. Oops semestinya bukan 'barang baik' tapi ia adalah benda baik. *mengarut mengarut mengarut*. Hari ni Kiz nak kongsikan dengan lu orang semua pasal Nisfu Syaaban. Mungkin ada antara korang kat sini tau pasal ni ataupun zero terus pasal nisfu syaaban. Eh ape benda ya nisfu syaaban ni? Adakah sejenis kuih yang sedap? Adakah iainya suatu tempat perlancongan? Ahaa meh Kiz story kat korang semua.

Maksud Nisfu Syaaban
Ok. Dalam Nisfu Syaaban, perkataan "Nisf" tu bermakna separuh. Nisfu Syaaban ni adalah peristiwa yang berlaku pada bulan Syaaban tahun Hijrah. So since Nisf tu maknanya separuh, Nisfu Syaaban ni adalah peristiwa yang berlaku pada separuh bulan Syaaban which means hari ke-15 lah kan. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu

(sumber: ms.wikipedia.org).




Kisah Rasulullah S.A.W pada malam nisfu syaaban
Kalau korang nak tau, malam nisfu syaaban ni adalah suatu malam yang penuh berkat dan memang ramai umat islam menanti-nanti saat ni termasuklah Kiz. Tetapi hanya orang-orang yang tertentu jek yang akan dapat merasa nikmatnya malam nisfu syaaban ni. Semuanya hanya pada ALLAH S.W.T menentukannya.
Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

"Rasulullah telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri. Setelah Baginda selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat (membuat amal makruf dan nahi munkar) dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.

Wah..Subhanallah..

(sumber: ms.wikipedia.org).


Kelebihan Nisfu Syaaban.
1. Malam Pengampunan bagi sesiapa yang meminta ampun kepada ALLAH S.W.T
Barang siapa yang meminta ampun dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas maka ALLAH S.W.T akan mengampunkan dosa kita. Jadi mintak ampun la bersungguh-sungguh pada malam yang tersebut. Kita sebagai manusia ni memang tak boleh lari daripada melakukan dosa. Cuba kira dah berapa banyak sembahyang yang kita telah lalai, kita lupa, berapa banyak kejahatan yang kita buat. Masa ni lah waktu yang paling sesuai untuk kita mintak ampun kepadaNya.

2. Doa dimakbulkan.
Mengikut research yang Kiz buat, kalau kita berdoa pada malam Nisfu syaaban maka doa kita akan dikabulkan. Cepat atau lambat? Aha itu semua urusanNya. Jadi doalah perkara yang baik-baik untuk diri kita dan jugak orang lain. Kalau ada masalah dalam pelajaran haa doa supaya cepat pandai. Ada masalah duit? Haa doa semoga dimurahkan rezeki. Dan sebegitulah hendakNya.


Cara menunaikan solat sunat Nisfu Syaaban.
1.  Lafaz niat:
 Daku solat sunat malam Nisfu Syaaban dua rakaat kerana Allah Ta’ala.

2.  Rakaat pertama baca surah al-Fatihah dan surah al-Kafirun.

3.  Rakaat ke dua, selepas al-Fatihah baca surah al-Ikhlas.

4.  Setiap kali sujud, selepas membaca tasbih sujud, bacalah doa:

5.  Selepas memberi salam, bacalah surah Yasin tiga kali (sekiranya tidak sempat melakukannya selepas solat Maghrib, lakukannya selepas solat Isyak) dengan niat supaya Allah memanjangkan umur, menambah rezeki serta menetap dan meningkatkan iman.

6.  Akhir sekali, bacalah doa Nisfu Syaaban.
 Maksudnya;




Ahaa jadi begitulah serba sedikit tentang nisfu syaaban yang dapat Kiz kongsikan pada korang semua untuk hari ini. Semoga ramadhan kita ni diberkati ALLAH S.W.T.

Saturday, July 28, 2012

Mari "menelaah" bersama Ammar Zahar di wisma MCA

Salam Sejahtera semua,

Eh? Wisma MCA? Apakah? Politikkah? Dan apakah ke-giler Kiz ni dah berbulan-bulan tak hupdate tetiba update pasal menelaah ni?



Amboi banyaknya persoalan kau Mak Jemah oii. OK Kiz sebenarnya sekarang tengah kelam kabut nak bersiap untuk pergi Kursus Seminar Duit Pantas bersama Ammar Zahar. Eh kursus ke seminar? - lantaklah. Kalau korang nak tau, Seminar Duit Pantas ni akan ajar korang tentang bagaimana nak buat duit dari internet tapi semestinya bukan MLM ok. Kiz adalah anti MLM seiringan dengan Bro Aidid Muaidid ye. Kikiki. Macamne boleh hasilkan duit tu Kiz sendiri pun tak tau sebenarnya (tu yang bersemangat nak join kursus ni, harap-harap bermanfaat lah ye). Ahaa, yang bestnya, istimewa untuk bulan Ramadhan Al-Mubarak ni Bro Ammar Zahar buat pakej RM99 tapi boleh bawak lagi 2 orang kawan. So Kiz semestinya akan membawa partner Kiz yang disayangilah, Cik Kechix!


*Eh apesal lampu bilik gua berkelip-kelip ni, seram le pula (iklan)*


Ahaa tengah duk syok-syok cakap pasal Bro Ammar Zahar ni kang tak pasal-pasal tercekik pulak dia tengah makan. Eh lupa plak waktu sahur dah habis. Hihi bagus-bagus takde la dia tercekik *mengarut*. Hah so korang kenal tak sape bro Ammar Zahar yang Kiz duk perkata-katikan ni? Ahaa kalau korang nak tau Bro Ammar Zahar ni adalah seorang usahawan & jugak jutawan internet yang terkemuka dalam Malaysia. Boleh kira dia ni seiringan lah dengan Irfan Khairi etc. Beliau ni sangat muda ok. Umur dalam linkungan 25-30 camtu lah kot, i pun tak dapat nak sure. Jap lagi Kiz tanya dia ok.

Gambar curik dari Google.com

Kalau korang nak tau, Bro Ammar Zahar dah start perniagaan tenet time dia ngah belajar lagi. Katanya dalam 3 tahun lepas dia start belajar, income bulanan dia dah melebihi dekan dia sendiri plus dah ada rumah sendiri lagi. PERGH!!!(sendiri tulis, sendiri kagum *bengong*). Tapi of course la nak jadi kaya-raya macam Bro ni mesti ada susah-payah-goyah-goyah dia. Nak tau ngan lebih lanjut korang kena lah tanya tuan dia sendiri ok. Amek ni hah Facebook dia, https://www.facebook.com/ammarzaharpage. Website dah ada cuma Kiz tak berani lagi nak bagi kat korang sebab macam tak bape siap lagi jek websitenya kan. Ahah so begitulah serba sedikit tentang Ammar Zahar ni.


Jadi kali ni Kiz harap dapat tumpukan perhatian 200% masa dia tengah bagi talk nanti. Harap-harap dengan "Seminar Duit Pantas" ni dapatlah pantas ye duit masuk dalam kocek Kiz. Tarikh pun dah nak dekat dah ni. Eh tarikh ape Kiz Oiii? Ahah!

-SUSPEN-

BYE!

Tuesday, July 17, 2012

HIJUP, WARDAH. MAKE UP CLASS. OBB.

Assalamualaikum

Weewit Kechix nak update belog pasal haritu main solek-solek di Old Blossom Box. Seronok kemain. Lets start the story yeaay !

Majlis yang bermula pada jam 3 petang dan habis sekitar jam 6 menyaksikan pelbagai ilmu di kongsi bersama. Ramai antara kami yang baru tahu tips-tips penting ketika nak bersolek. Seronok sebab menggunakan produk Wardah yang dibawakan khas dari Indonesia. Kami mendapat seorang satu pallete Wardah yang di gunakan sepanjang sesi.

Dan yang paling terharu, setiap seorang bawak balik sehelai selendang, inner neck ninja dan roti secara PERCUMA ! memang menjerit kegembiraan lah kot. Rezeki yang tak di sangka. Dahlah event pun percuma. Double rezeki ! Ok jom tengok gambar yang ada beberapa keping ni. Maaflah atas ketakcantikkan gambar. Kamera cikai je.

Kata Iz macam kembar tiga. Yekeee..
Semua cecantik.

alamak malasnya nak rotate.mohon telengkan kepala. Kechix dengan Hijup from Indonesia.

Kechix with Rina Salleh. Lembut sangat kak Rina. Macam nak cium-cium.
Alhamdulillah event ini bukan sahaja beri banyak info baru, banyak tips best dan yang paling penting ada ukhwah baru yang di pupuk. Kenal ramai gadis cantik buatkan diri juga terasa cantik. :)

Sehingga berjumpa lagi. Assalamualaikum.

Monday, July 9, 2012

That's The Way Love Goes

Assalamualaikum.

Hamboi kemain tak tajuk. Timbul-timbul new post gitu pulak tajuk dia.

Dan sebenarnya nantikan pengumuman istimewa dari KIZ untuk semua. Berita gembira cerita indah untuk dikongsikan bersama.


MISTERI TAK?
Tunguuu !

Masih Ada Plan B, Mari baca!