Monday, October 10, 2011

Cerita ANNIVERSARY

Assalamualaikum.

Apa khabar? sihat? Lama tak jumpa.Tak tahu lah sebab nya tapi ya Allah nak buat entry jadi draft je.Apahal entah.Maka di kesempatan masa untuk menulis entry ini marilah Kiz nak cerita tentang anniversary sempena ANNIVERSARY 3RD YEARS KIZ GARDEN!.(semua family dan kawan-kawan asyik cakap ni kalau kawin dah ada anak.motif?).

ok mula-mula cerita ANNIVERSARY.


Tahun ini paling simple.Tahun ini paling sederhana.Takda Kek apatah lagi sambutan seperti selalunya.Kenapa?Bukan sebab cinta dah tak berbunga cuma tidak punya masa sempurna.Dah duduk jauh,sekali jumpa banyak hal yang lebih jadi keutamaan.I LOVE U , U LOVE ME ok dah tahu macam tu terus bincang biz, tentang kerja tentang semua.But hari bahagia harus juga di raikan walau sekecil mana pun jadinya.Konon-konon nak makan something something yang tak urban yang sederhana maka marilah pergi kedai MEE KETAM KUALA LUMPUR.tapi kat Shah Alam je pun.Sekali dapat aduhai nasi goreng pakai perencah, sup tawar macam air masak.Memang aku wonder apesal JJCM datang sini?musykil musykil.Tapi takpelah.Oh ya, yang istimewa kali ni, ibu kechix ada sekali raikan.Ecewah nak cakap dah di restui hubungan lettew.

3 tahun yeayy us!

2 budak hitam.

ibu kita.

nasi goreng ketam guna perencah maggi.

meehon sup ketam.




P/S :  
Gurls Fashion : www.kedaikiz.blogspot.com
Men Fashion  : www.kemejakacak.blogspot.com  ( NEW blogshop by Kiz )

Monday, October 3, 2011

Cintaku tertinggal di Shah Alam.

Assalamualaikum.

Hai seperti yang semua dah sedia maklum, kechix dah duduk di kampung semula.Dekat kota tinggi johor la mana lagi oh kampungku tercinta.Tapi rupanya 2 tahun di Shah Alam rupa-rupanya telah banyak benda yang menjadi kecintaanku. Sekarang di kampung dok terkenang-kenang. Itulah ibu suruh duduk je terus praktikal kat situ takmo.Hasrat hati nak duduk kampung puas-puas sebelum benar-benar berhijrah.

Dan apakah kecintaan ku yang tertinggal.Mari kita bongkar.pehh bongkar terus.Macam buka gobok pastu bongkar baju nenek konon nak cari baju vintage tapi oh nenek ku dulu bekas guru mengaji maka memang tak kan kau jumpa skirt ke hape.Eh ok jom.

1) Iz.


Si Cinta hati ini memang sudah tertinggal di sana.Menyambung sisa pengajian. Satu lagi nikmat dunia yang kini jauh.Hee nikmat dunia sebab separuh hari kechix ketawa sebab dia ini. Dah takde lelaki nak layan kechix nak makan itu ini.sobss.

2. Bisnes.

Kalau di Shah Alam lagi banyak peluang nak jual itu ini berniaga yang menjadi kecintaan Kiz.Kat kampung peluang tu memang ada tapi bila ibu sarankan marilah kita bawak shawl tu rumah ke rumah, macam takut kena halau pulak.Eheh comel lah ibu ni.Kat johor ni mana lah ada orang nak bukak booth ke ape ke. Paling kurang pun pasar malam yang hoh siapa nak beli skirt polkadot tu?boleh tolong jawabkan?


Rindu booth Kedai Kiz.Rindu skirt-skirt polka itu juga.
3. Fashion.

Bila kita di kampung, kalau nak berfesyen berbelt bagai memang kau kena fikir 18 kali sebab sekali kau keluar dengan fesyen yang walaupun kalau kau upload gambar di fb semua orang akan puji wah kau cantik unik or watsoeva tapi jika di kampungku, aku keluar macam bogel nih.Walaupun kagum mungkin tapi semua pun akan pandang semacam.Cuba kalau kat SA kalau kau pakai jeans dengan tshirt lalu sebelah fashionista memang boleh lari masuk toilet nangis sebab rasa diri sungguh tidak punya citarasa.

rindu baju ni.kelihatan seperti belasan tahun.
4. Tempat menarik.

Rindu Ikea rindu sunway rindu tasik keliling SA rindu pkns rindu Lontong klang rindu nasi lemak cinta sayang rindu rindu rindu.Wah nampak tak betapa rindunya dekat tempat-tempat tu semua.Bilakah kita akan bersua lagi?
saya rindu meatball tu je.

4. Friends.

Sejak duduk SA sejak bisnes kat sini, maka kawan-kawan rata-rata dari sini.Sampaikan Iz cakap kita buat reception dekat SA sebab sorang sorang johor sorang ganu tapi kawan kat tengah-tengah. Oh rindu lagi.

makan dekat atas rumput pun boleh jadi kenangan manis.




Nampak cukuplah di situ kecintaan ku buat masa ini. Tapi hujan emas di negeri orang walau harga emas turun cintaku pada kampung halaman tiada tolok bandingnya. Hari-hari pergi tempat praktikal ibu akan sediakan sarapan yang ya allah enaknya dan lambai sampai saya hon kereta.Indah indah.Ok jumpa lagi.Kalau datang kota tinggi roger kechix ye.

jeti di kampung yang amat di cinta.Kalu stress datang sini boleh terus tenang.
                                Sampai berjumpa lagi Shah Alam. Gonna miss u so much.

Masih Ada Plan B, Mari baca!