Thursday, November 25, 2010

Tak tau nak side parking?mari belajar dengan Kiz (stepBystep bergambar)

Situasi:
Nak singgah kedai larr..alamak..penuh la pulak parking ni...hmm,mana aku nak parking ni??aduih..tensen tensen..


Eh


Haa!ada pun!.....alaaa parking tepi...bagaimana nak parking ni??takpelah,cari lain..



Side Parking / Parking tepi
Eh,kalau anda bagaimana ya?Nak ambik ke tak parking tu?Ish apela kiz nie,kalau dah tak reti nak parking tepi macamana nak masuk parking tu?

Hmm( Kiz berfikir sejenak,cheewah),macamane ya?Okeh..Kali ni Kiz akan ajar korang semua yang belum mahir teknik parking ni dengan sedaya upaya ok..Yelah,nak parking tepi ataupun side parking ni bukan mudah betul tak?Tapi kalau kena caranya,kena tekniknya..Heh!boleh masuk parking sambil makan nasi lemak je tau ( menipu la tu Kiz ni).Hehe..kiz gurau ok..

Sekarang jom kita serius sikit.Nanti Kiz akan sediakan step-by-step bergambar cara nak side parking ni TAPI mintak tolong baca ni dulu ya.Oops,lupa nak bagitau,kalau yang dah 'pro' tu tak perlu baca pun takpe k..Kalau nak tau,Kiz pun dulu pening tau fikir macamana nak sideparking ni.Macam-macam website Kiz bukak,tengok video kat you tube,macam-macam lah kan.Tapi,tak berapa berjaya jugak.Last-last nak tau camne?Kiz cuba gabungkan teknik-teknik yang dah Kiz belajar tu sampai dapat satu gabungan yang bagi Kiz senang la untuk parking tepi ni.Yelah,lain website lain caranyakan...

Berikut adalah tips-tips sebelum belajar parking tepi ni(mesti baca!)
1. Sabar:
Belajar parking ni memerlukan kesabaran ok..Kiz dulupun selalu macam geram.tensen time belajar parking ni.yela,dah cuba banyak kali still tak dapat kan
2.Jangan ambil tempat yang sibuk untuk berlatih:
Seboleh-bolehnya ambil tempat yang tak banyak kereta so kita takdelah ganggu kereta lain bila fail nak masuk parking tu kan.Sebab biasanya first time cuba memang akan mengambil masa yang lama untuk betul-betul masuk
3.Bangun awal-awal pagi:
Haa?Bangun awal pagi?Kenapa pulak?Ahaa,masa awal-awal pagi lah takde orang so kita pun takde rasa segan nak mencuba,lagi-lagi first time pulak kan.Kiz dulu pun buat benda ni.Berguna tau.
4.Maintain:
Haa,bukan mantain badan.Kat sini Kita sedang cakap sal parking so Kiz maksudkan adalah bila kita dah pandai parking tepi ni,kenalah selalu praktikan.Ada je nampak parking tepi masuk je okay(tapi kalau dah nak ke kedai tu dah memang depan-depan kedai ada parking yang biasa tak payah lah ambil parking tepi,tu rugi namanya..heh!)


STEP BY STEP TO SIDE PARKING!
STEP 1. 
Ukur dulu muat tak parking yang anda nak masuk tu(tengok gambar ni)


STEP 2.
Sekarang gerak ke depan biar sebaris dengan kereta depan.Pastikan ada sikit ruang antara kereta anda dengan kereta sebelah tu.Tak nak rapat sangat.Lepas tu,pusingkan stering ke kiri sampai habis(faham kan?)
STEP 3.
Tukar gear reverse.Undur ke belakang sampai tengah-tengah badan kereta tu agak-agak 45darjah dengan bahagian belakang kereta sebelah.Pastikan anda berhati-hati.Tengok mana tau ada kereta tengah lalu,stuff like that la kan.
STEP 4
Okay sekarang straightkan stering.Tau kan nak straightkan?kalau tak tau inform kiz okay.
Lepas tu undur sampai lah cermin sisi kiri/kanan kereta anda 45 darjah dengan lampu belakang kereta sebelah tu.
STEP 5:
Okey..last step.Pusing balik stering ke kanan sampai habis.undur sampai lah betul-betul sebaris dengan kereta lain tu.Yang last step ni memang susah sikit.Anda mungkin perlu kedepan sikit balik lepas tu pusing stering ke kiri sikit kalau bila anda undur tu macam terlalu rapat dengan kereta depan.Jangan sampai tergesel pulak ok.Kalau boleh mintak kawan tolong tengokkan dari luar


Okeyh..Akhir sekali pesanan penaja.Jangan berputus asa.Cuba sampai anda berjaya.Ramai orang boleh buat benda ni.Kita pun mesti boleh punya.Betul tak.Okeyh.TQ yah..nantikan post seterusnya pasal parking belakang pulak ya.Kiz masa dah pandai nak parking tepi ni ada cakap kat diri sendiri,wah,berguna betul aku mahir parking tepi ni,lagi-lagi masa kat tempat yang banyak kereta kan.hmm

Monday, November 22, 2010

Peringatan!Sila Jangan Tidur Lewat??

imej dipinjam dari pakcik google
Selamat datang sekali lagi ke Kiz Garden,macam dan macam ada..heh.Eh?Apa benda tajuk Kiz kali ni?Jangan Tidur lewat?Ish,kenapa tak boleh tidur lewat pulak..?Selama ni aku tidur lewat takde masalah pun.Kecoh lah Kiz ni..

Ohoohaaaii..Pause Jap.Sebelum nak cakap camtu,jom baca dulu apa reason Kiz nak bagi ni..haa..
Untuk pengetahuan Tuan dan Puan semua ( formal la pula ).Cukup rehat Ataupun cukup tidur ni sebenarnya amat penting dalam hidup tau.Kenapa penting?Haa,sebab kalau kita tak cukup tidoq(tiba-tibva keluar loghat kedah),toksik dalam badan kita akan berkumpul bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.Haa,memang kiz main taram je peribahasa tu,ignore je okeyh..hehe..So apabila toksik terkumpul terlalu banyak dalam badan,mood dan kesihatan kita akan terjejas dan ini boleh membawa kepada kerosakan pada HATI???!!

Ahah,ni Kiz bagi list aktiviti yang boleh membawa kepada masalah hati yang selalu kita buat,hehe.
1.Tidur lambat atau bangun lambat
2.Tak buang air kecil masa pagi
3.Haa!banyak sangat makan
4.Tak makan pagi,ni mesti ramai buat ni
5.Banyak sangat makan produk kesihatan
6.Banyak makan makanan ringan(budak-budak suka r ni)
7.Banyak makan makanan yang berminyak.So,kena kurangkan pengguanaan minyak dalam masakan lah ibu-ibu ya.
8.Hah!makan nasi goreng-goreng masa tengah letih.Tak boleh tak boleh!

Ahaa..so apalagi..elakkan ya yang mana patut.Semangat tu mesti ada.Nah,ni Kiz bagi beberapa fakta-fakta menarik tentang masa dan pemakanan
1.Malam 9-11pm:
Ni adalah masa untuk badan tu menyinkirkan toksik-toksik yang tidak diperlukan dalam sistem antibodi badan kita.Masa ni elok kalau kita dengar lagu-lagu yang slow ya.Tapi kalau untuk yang beragama islam dengar ayat-ayat suci Al-Quran lagi bagus..haa.

2.Malam 11pm-1am:
Proses membuang toksin dalam hati,biasanya dia akan start proses masa kita tidur.Tu yang kena tidur awal tu..

3. Pagi 1am-3am:
Proses membuang toksin dalam bahagian empedu kita.Proses ni jugak berlaku masa kita tidur.So bayangkanlah kalau masa ni pun kita tak tidoq lagi kan.

4.Awal pagi 3am-5am:
Proses membuang toksin dalam bahagian usus besar.

5.Pagi 7-9am:
Penyerapan nutrien dalam badan berlaku.Sebab tu masa ni elok kita ambil sarapan.Untuk pengetahuan best,'breakfast' sepatutnya diamalkan sebelum pukul 6.30am tau.Tapi untuk yang tengah sakit sarapan sebelum pukul 7.30am adalah terbaik untuk anda.Yeah!
Tapi kalau tiba-tiba terbangun lambat ke sarapan antara pukul 9-10am pun okey lagi ya daripada tak sarapan lansung.

p/s:So kepada sesiapa yang dah ada habit tak sarapan tu renung-renungkan dan selamat beramal lah ya

p/s/s:Kepada sape yang nak badan fit dan menawan tu seelok-eloknya sarapan sebelum 7.30am.WAH!nak buat lah!


Huu...nampaknya kita dah kesuntukan masa,jumpa lagi pada hari yang lain , waktu yang lain okey(sebab penulis tak tentu masa update blog..hehe..jom tido..dah lambat nih..tata

Masih Ada Plan B, Mari baca!