Wednesday, September 30, 2009

terlewat tapi belum terlambat

Rasa tidak sah apabila semua orang ada pos entry raya tapi kami tidak.dalam kelekaan beraya bersama keluarga, blog ini kami terlupa sebentar.ok.sedikit penceritaan tentang sambutan hari raya tahun ini kami sisipkan.raya tahun ini agak sederhana tetapi istimewa.buat pertama kali kami dapat beraya bersama.izz datang ke rumah kechik dan family kechik membawa izz beraya bersama.


Ringkas cerita,sebenarnya entry ini sebenarnya hanya untuk memohon seribu kemaafan kepada semua.semua bererti sesiapa sahaja yang kami kenal atau tidak.mungkin terlupa atau tidak ingat segala kesilapan kami.mungkin sengaja atau tidak,kami memohon ampun maaf.itu sahaja perkataan yang dapat di lahirkan.zahir atau batin moga segala dapat di rawat dan di terima dengan ikhlas.samaada terlewat atau sedikit terlambat itu bukan alasan untuk melahirkan kata-kata kemaafan.tidak terniat lansung melupakan ucapan wajib cakap apabila tiba aidilfitri.moga syawal kali ini kita dapat berkat.jahat atau baik bukan persoalan utama.penghijrahan diri ke arah kesempurnaan yang kita mahu.lupakan sengketa kita eratkan saudara.


Akhir kata,semoga aidilfitri ini membawa sejuta yang indah-indah untuk kita.

suka maen janggut dia

Tuesday, September 29, 2009

377 hari

Niat asal pada mulanya adalah 365 hari.tapi apabila waktu itu adalah hari untuk pulang ke kampong untuk berhari raya,terpaksa tangguhkan hasrat untuk post entry ulangtahun.sebab kalau sudah jumpa keluarga semua pun jadi lupa.keluarga sangat penting untuk kami.ok.jadi entry kali ini anda terpaksa baca yang kononnya hari ini adalah hari ulangtahun kami.

Hari ini kami menyambut ulang tahun pertama hubungan ini.365 hari kami sudah berlalu..susah senang duka ketawa sudah kami rasa.sudah kami kecapi.ke tahap ini memang kami impi.kata orang,tahun pertama tahun pengenalan.tahun untuk mengenal hati budi.betulkah?entah.pada kami sehingga bila-bila pun belum tentu kita kenal manusia.hari ini baik belum tentu lusa nanti.hari ini elok mungkin busuk sebentar nanti.

365 hari ini kami susuri dengan segala macam perasaan.bukan mudah.tidak juga sukar.semalam kami ketawa hari ini kami gembira.semalam bahagia hari ini kecewa.itu antara lumrah rasa yang kadang-kadang mengundang indahnya.satu tahun pertama kata mereka,belum tentu kekal esok lusa nya.pada kami,berchenta lah selagi terdaya.selagi Tuhan belum ragut rasa itu dari kita.buat apa terlalu memikirkan yang terjadi esok lusanya jika itu bukan mahu kita.segala yang kita rancang kadang-kadang ada yang tidak kena.mungkin baik pada kita,pada mereka lain pula tanggapannya.

Berkenalan ,berkawan biasa,menjadi rapat lalu lihatlah hari ini.bukan mendabik dada.bukan menunjuk segala rasa.kami hanya ingin berkongsi.betul.bukan miang tak tentu hala.kami bercinta hanya mengikut lumrah manusia.terpulang pada yang menilai sudut jalan cerita.citarasa kita semestinya berbeza.lalu hanya perlu menerima seadanya antara kita.

Gaya penulisan kali ini sedikit hiba.entah.rasa ini sangat sukar untuk di tafsir.ada satu rasa yang jika di terjemah belum tentu di fahami.tidak sangka perjalanan kami sejauh ini.sangat tidak menduga rasa kami sudah semakin sebati.

Doa kami,semoga kami masih menulis entry pada hari ke 730 nanti.

Majlis ulang tahun kami mungkin di anjurkan sedikit lewat. Kami menjemput semua followers untuk ke majlis itu.bagi sesiapa yang betul-betul mahu hadir,bagitahu ye.ini serius(sila buat rentak wonderpets).tidak terbuka kepada orang awam.hanya orang-orang terdekat walau buat di tempat awam.

maaf.sedikit terlewat untuk mengucapkan selamat hari raya maaf zahir.batin?takde kan?

Thursday, September 10, 2009

terima kaseh semua

ini adalah mereka yang banyak memberi pertolongan tempoh hari di kala kiz berjumpa.terima kaseh daun keladi.lain kali?ops.hehe..
  • Cik Nurul zulaiha (pensyarah kiz) kerana menumpangkan kechix ke segamat
  • Kak nurul huda dan bro azman kerana mengajak kami berbuka puasa di Melaka lantas membawa kami berjalan-jalan ke seluruh Melaka.kalian sangat besh dan rock.nanti kita keluar lagi ye.overnite lagi mahu?
  • Unknown kakak yang sudi meminjamkan kereta kancil anda.terima kasih.maaf ada terbesepahkan kereta sedikit
  • Fiza chumil(bekas jiran sebilik kolej zamrud)kerana sudi menumpangkan tempat tidur awak.meminjamkan sabun,pencuci muka,ubat gigi dan kasut crocs turquoise awak.awak baik dan sangat caring.
  • Cik Nurshaeida (pensyarah kiz,sekarang mengajar iz)kerana sudi belanja makan di I0I mall.iz habiskan semua makanan.membawa memoir segamat kembali ke ingatan kechix.membawa riki-riki segamat di waktu malam.
  • Juli yang bagi murah kereta sewa pada petang ahad.
  • Husni dan bf yang juga bagi diskaun kereta sewa anda.tapi kenapa beritahu lambat yang anda mempunyai kereta tatkala kiz sedang kelam kabut untuk pergi ke stesen bus.aduh.kalian buat kami gelabah.janji lainkali bagi lagi murah ok.
kami sangat terharu bila berjumpa dengan mereka yang masih melayan kami dengan baik dan elok.we love u all banyak-banyak.

melewati malam dan siang 0509-0709

hai.mari.kiz mahu bercerita tentang pertemuan tempoh hari.sangat teruja untuk berkongsi cerita kali ini.ok.kiz sahaja yang teruja.tapi kiz pasti mesti ada juga yang menanti untuk tahu apa yang kami lakukan sewaktu kami bertemu.perasan!.mungkin agak terlambat kerana setelah menghabiskan masa untuk bersama lalu banyak kerja,tugasan,quiz dan test menanti untuk di pertanggungjawabkan pula.

Penceritaan bermula pada petang sabtu.kechix bertolak ke segamat menumpang cik nurul zulaiha yang juga bekas pensyarah kechix.kami masih lagi keep in touch.sayang beliau sebab sangat murah hati.dan tidak mengenakan sebarang bayaran apabila menaiki kereta beliau.
Perjalanan terasa singkat.macam-macam hal kami bicarakan.ada juga terselit tentang blog.katanya,jangan jadikan blog satu isu.ha?adakah?jeng jeng jeng.itu kiz tidak pasti apakah motif beliau.yang pasti,selepas ini kami akan lebih berhati-hati dengan our baby blog.ok.sudah sampai di tangkak.

sudah tiba.hati jadi gembira.teruja.




iz lambat.jadi kechix berangan jap.


kechix dan kak nurul menunggu buah hati masing-masing.ok.kak nurul bukan cik nurul.kak nurul adalah senior kechix sewaktu diploma dahulu.padahal sekarang senior degree.apa bezanya.lebih kurang 40 minit kemudian,mereka sampai.mereka yang di maksudkan adalah iz dan bro azman.setelah itu,kami terus menuju ke Melaka.kak nurul dan bro azman mengajak kami berbuka sekali bersama mereka.setelah berbuka kami menghabiskan malam itu dengan teruja.karaoke,eye on Malaysia,jonker walk,warung roti chanai dan Mcd adalah antara persinggahan kami pada malam itu.sangat indah rasanya.setelah lama berjauhan,pabila bertemu,sudah terbit sedikit rasa malu dan segan antara kiz.kiz sedikit janggal.gedix ada juga.melewati malam bersama adalah kali pertama kiz merasainya.selalu mendengar kata-kata orang,tapi kali ini kiz merasai sendiri pengalaman tersebut.tolong jangan buruk sangka.tiada hotel atau rumah tumpangan kiz dekati.kiz benar-benar menghabiskan masa hanya di tempat terbuka.

eye on msia kali kedua.dataran pahlawan.

Pagi itu,setelah bersahur,kami pulang ke segamat.kemudian tidur.cepat-cepat bangun kerana ingin bertemu lagi.masa yang ada harus di praktikkan dengan berkesan.kami keluar sebentar ke daerah segamat.sangat rindukan daerah ini.pusing-pusing sebentar,kemudian pulang.mahu lepak di kampus pula.ini lagi rindu.kiz pergi hampir ke semua tempat yang kiz selalu bersama dahulu.bergambar dan bergelak tawa serta mengulang cerita lalu.satu memori yang patut di rasai oleh semua.sukar di terjemah mahupun mentafsir segala yang kiz lalui di sini.ramai juga yang menegur kechix.mungkin masih ingat.menegur warna kulit,isi badan itu adalah perkara biasa.sangat gembira kerana masih ada yang tidak lupa.gosip-gosip juga sempat singgah di telinga.sempat menjengah apa yang terjadi di sana.tidak mengapa.kiz sudah lebih terbuka.


bangku yang di sayangi


rindu wajah ini nanti bila jauh di mata.

rindu.rindu.gedix tetap pujaan hati.

ok.seterusnya,kami memilih untuk berbuka hanya di uptown.kiz sangat rindu meja kami makan dahulu.nasib baik tiada orang lain di sudut tersebut.kami berborak hingga hampir habis maghrib.maaf.dan kami pulang ke bilik.ops!sesi pertemuan belum juga habis.ajakan dari cik shaeida kami terima.malam itu,kami pergi makan-makan di I0I.tempat makan yang agak popular di daerah segamat.waktu ini juga kami bercerita sangat banyak perkara.tidak kering gusi kami ketawa.dan tidak punya banyak masa untuk menghabiskan segala cerita.nanti lainkali kita keluar lagi ye.seronok.ok.sudah larut malam.kami pulang.

Esok paginya,kechix menguruskan borang tamat pengajian.dan setelah selesai,kiz sekali lagi bertemu.kali ini hanya di blok u.banyak juga perancangan kami fikirkan.bukan apa,kami hanya mahukan yang baik-baik untuk kami.pukul 2,iz pergi ke kelas.dan kechix pulang ke bilik.bas kechix jam 4.habis kelas,iz menghantar kechix ke bustand.kami banyak diam sepanjang perjalanan.mungkin melayan perasaan.memikirkan bila lagi agaknya peluang untuk bersua muka.harapan,semoga masih ada ruang untuk kiz.


Sekian sahaja penceritaan kali ini.jumpa lagi lain waktu pertemuan.






Saturday, September 5, 2009

keajaiban yang nyata

ketika kechix sedang menaip pesanan ringkas kepada iz,tiba-tiba jari laju menekan butang huruf telefon bimbit yang terbit perkataannya adalah keajaiban."sayang,semoga ada keajaibanuntuk kita untuk berjumpa".pada waktu terdekat ini kami sememangnya tiada perancangan untuk bersua muka.tiada langsung.

namun secara tiba-tiba,atau suddenly dalam bahasa inggeris nya,minggu ini kami dapat berpacaran,bergelak ketawa bersama.terima kasih Tuhan.sekian lama kami menahan menyimpan menyembunyiharapan untuk di ketemukan,akhirnya ada sedikit ruang untuk kami.kami langsung tidak menjangka.tidak pula menyangka jauh pula menaruh sangka bahawa minggu ini untuk kami.

pesanan ringkas dari cik nurul zulaiha merubah segala.ya.terima kasih yang tidak terhingga.persetujuan untuk menumpangkan kechix hingga ke segamat di capai.hati berbunga-bunga cinta.senyuman hingga ke telinga.

harapan untuk berbuka puasa bersama nampaknya termakbul.tiada kata mampu di lontarkan lagi.mungkin bagi sesiapa itu tiada pengertian apa-apa.tapi besar maknanya buat kami.tiada harapan yang jelas tapi keajaiban ini membuat kami terpana.sekali lagi,Terima Kasih Tuhan.

*mungkin kami sedang geletek pinggang ketika kalian membaca entry ini*
*kami mahu keajaiban selalu*

Wednesday, September 2, 2009

implikasi kejauhan


jauh.ya.dan implikasinya sangat banyak sehingga segala keseluruhan hidup terasa kesannya.benar.kami benar-benar mendapat implikasi di atas kejauhan ini.lalu mari kita kongsi bersama.

pada awalnya,yang mendapat kesan adalah tubuh badan kami.tubuh badan kami mula meningkatkan tahap metabolismehingga ramai yang mnegur bahawa kami mulai kurus.pipi mulai tidak gemok lagi.pada ketika ini kami belum menerima hakikatbahawa kami sudah berjuta batu jauhnya.selera makan tidak lagi pada tahap melantak dengan gelojoh.

dan pada minggu seterusnya ketika sesi pembelajaran sudah bermula,keadaan semakin huru hara.makin tidak tentu hala.makin juga hilang serinya.kechix pula terus semakin tertekan kerana degree sangat berbeza dengan pembelajaran lama.terlalu banyak tugas yang di terima membebankan segala yang tersimpan di dada.kami memulakan semester ini dalam keadaan yang benar-benar tidak bersedia.

minggu demi minggu berlalu.quiz,test pula menyusul tiba dengan riang ria nya.dan dengan keadaan tidak selesa tubuh badan,huru-hara juga belum nampak redanya,kami menjawab segala test dan quiz dalam ketidakselesaanya. memerah otak dengan segala kudrat serta beratus doa tidak putus dan dengan harapan jika tidak dapat mengeluarkan jawapan lalu turun rahmat dari langit bahawa kami akan mendapat A.ya.itu sama sekali tidak berlaku ok.memang jangan harap kau tidak study dengan bersungguh lalu kau ingat kau bijak pandai segala akan mendapat keputusan yang baik.tidak mungkin.kami adalah pelajar yang mesti berusaha dengan bersungguh-sungguh maka hasilnya adalah cemerlang.jika kami bermalas-malasan,maka gagal itu adalah balasan.

dan keputusan semua test dan quiz sudah keluar.dan seperti yang di katakan sebentar tadi,jawapannya adalah gagal.ibu pula salah sangka kalau fail test ingat kena repeat ke ape ntah wei.kechik n iz pun naik cuak dah.ok.

dan pada saat ini,baru kami sedar dan terbangun dari segalanya.kami tidak boleh berterusan begini.nasihat ibu dan mamakami mula guna pakai.berjauhan bukan penamat segalanya sehingga putus asa tak tentu hala.kawan-kawan,tolong jangan jadi seperti kami.kami kanak-kanak yang belum mengenal erti kejauhan.masih belajar dan sedang bertatih memahami pancaroba hidup yangterkandung dalam alam fana.

dan kerana ketakutan dek kegagalan demi kegagalan yang di terima.kami sudah nekad mengubah segalanya.dah beli nescafe,kopi dan segala macam ubat tidak akan mengantuk sampai lusa agar dapat belajar,belajar dan belajarsampai kau give up nak belajar apa pun tak tahu.dah nekad nak tumpukan sepenuh perhatian dalam kelas.sertaakan tidak membuang masa dengan kejadian-kejadian yang di ingini.

semoga Tuhan mendengar kata-kata ini.beri kami kekuatan semula,semangat semula dan kegembiraan kami semula.beri kami petunjuk agar kami tidak lalai dan leka.kami sangat lemah dan hanya bergantung harap pada-Mu.kami ingin berjaya membuat ibu,mama dan abah bangga.ampunkan kami dia atas segala dosa yang kami lakukan.

semoga kami berjaya.kami mahu Dean List lagi!!mahu!mesti!perlu!!

Tuesday, September 1, 2009

iz 20.kechix 21.

ya.betul.mengaku.kami berbeza umur.tidak seperti yang tipikal.perempuan lebih muda.lelaki selalunya lebih tua atau sebaya.kami sudah lari dari norma biasa.padahal sekarang seperti trend.umur bukan lagi masalah atau satu jurang yang membeza segala sehingga hubungan jadi tidak lancar atau jadi berantakan.

iz lahir pada 29 dis 1989.kechix pula 20 mei 1088.jarak umur selama 2 tahun tidak pernah kami jadikan satu alasan atau batu penghalang untuk kami meneruskan hubungan menjadi satu ikatan yang ceria,bahagia,chumil dan juga gembira seperti yang lainnya.kami berchenta dengan cara kami sendiri.umur tidak pula pernah menjadi satu hal yang di bangkitkan.cuma entry ini di tulis kerana mengimbau soalan rakan-rakan yang bertanyakan hal umur ini.

namun di akui,pada mulanya hal umur pernah menjadi satu hal yang kami titik beratkan.ramai yang mula bertanya adakah benar kami bercinta pada kali pertama kami makan bersama.pernah wujud rasa malu yang menebal,lalu pernah juga kami membuang rasa chenta yang mula bercambah dalam hati.kami terpaksa menukar panggilan,cuba membuang rasa cemburu yang semakin menular membikin hati jadi risau.dan segala perasaan yang cuba di lenyapkan menimbulkan rasa chenta baru.ya.rasa baru yang lebih indah dan sukar di terjemah.lalu kami berazam.mungkin kami di ketemu dalam keadaan seperti ini dan mengapa harus kami menolak.ya,kami menerimanya dengan gembira.cakap-cakap orang,kata-kata mereka,kami jadikan titik tolak hubungan untuk melangkah ke fasa seterusnya.

perihal yang kawan-kawan kerap ajukan adalah siapa lebih matang antara kami.terusik juga untuk kami menjawab kerana hakikatnya tahap kematangan kami lebih kurang sama.walau kechix yang lebih tua,kadangakala kechix lebih keanak-anakan.iz lebih tenang,lebih tidak emosional dalam menghadapi sesuatu perkara.dan pada waktu tertentu iz sangat matang.ya,bakal ketua keluarga yang baik.contohnya apabila dia berkeras mahu berjumpa dengan keluarga kechix.berkali kechix bertanya adakah benar iz sudah bersedia menghadapi karenah mereka yangmungkin sekadar menguji.jawab iz,"iz betul-betul sedia,iz nak ibu kenal iz".dan mungkin dengan niat yang ikhlas,satu keluargakechix menerima iz dengan hati terbuka lagi-lagi ibu dan nenek.mama?doakan semoga ada ruang untuk kechix ketemu.cumanya,iz selalunya suka meminta pandangan dari kechix dalam hal-hal seharian.dan lagi satu hal yang kami suka dalam hubungan kami sendiri,kami berchenta dalam usia kami.kalian tentu faham.

seperkara,antara kata-kata yang menjadikan kami lebih serius dan berhati-hati dalam hubungan kami adalah tentang jodoh.ada yang kata,berchenta lama-lama belum tentu jodoh milik kita.belum tentu Allah tentukan yang dia milik kita.bagi kami,itu adalah masa nanti.yang kita tidak dapat duga dan jangka.yang tidak dapat tidak kita perlu menerima dengan penuh rasa yang belum kita tahu dan fahami.yang kami mampu adalah berdoa dan berusaha.yang kami fikir dan kami ambil peduli sekarang ini adalah rasa chenta yang harus di nikmati dan di jalani dengan sempurna pada hari ini,ketika ini dan di saat ini.mari nikmati sekarang juga.jangan berlengah atau tunggu lama-lama.sementara kita masih punya masa dan ketika.lalui dengan gembira.chentai dia dengan sepenuh hati tanpa segala sengketa.

semoga segala suka,duka,sedih,ketawa bersatu lalu membawa pengakhiran jalan cerita chenta yang sempurna.
semoga rasa yang kami lalui sepanjang ranjau ini penamatnya adalah kisah chenta yang indah belaka.

Masih Ada Plan B, Mari baca!