ya.selepas 33 hari.akhirnya penantian yang tidak berpenghujung serta doa harapan yang menggunung.tidak lupa doa yang tidak putus-putus,kami dapat berpacaran lagi.
masih memilih destinasi yang sama,city square.kerana itu tempat paling senang di tuju.
masih memilih destinasi yang sama,city square.kerana itu tempat paling senang di tuju.
maka,tepat jam 11 pagi sudah bertemu muka di larkin.meletak beg lalu menaiki bus ke cs.sampai dan terus usha tiket.ok,lost of the land menjadi pilihan.kemudian makan dan terlewat masuk.tidak mengapa.masih faham jalan cerita.biasa sahaja filem ini.tidak rugi dan tidak juga untung.setelah tamat tayangan,window shopping.iz memilih untuk tidak membeli apa-apa,kecik memilih sehelaiblaus polka dan sepasang kasut crocs merah hati.setelah itu,terus menunggu bus untuk ke larkin.sampai di larkin,masih belum mahu pulang.duduk bersembang main geletek pinggang.tapi sikit-sikitsahaja.tempat awam.jam 6.kecik pulang dan iz menunggu lagi kerana bus jam 10.30 malam.
lihat.pertemuan yang sederhana tapi penuh ertinya.tiada kata mahupun bicara dapat di teka.hanya hati dapat melepaskan duka lara.alhamdullilah semuanya baik-baik belaka.selepas ini entah bila pula.untuk berjumpa dan bergelak tawa.sila doakan kami ya.
::kami rindukan suasana tidak terkejar-kejar untuk menatap muka.rindukan setiap hari dapat berjumpa. mungkin selepas setahun nanti.