Thursday, November 17, 2011

Review Drama KIZ : Cinta Elysa sungguh unik!

Sekali lagi,

Bersama Kiz dalam Review Drama Kiz

Hari ni Kiz berminat nak cakap pasal Drama Cinta Elysa yang sekarang ni tengah mele'top' le'top' di kaca televisyen rumah anda dan juga rumah saya.

Tak nak buang masa banyak so Kiz terus mulakan review ni dengan sinopsis ringkas dia dulu.

 Owh So Sweet Seventeen(seventeen ke?)

SIMBIOSIS EH SINOPSIS

Cinta Elysa menstorykan pasal dilema yang dialami oleh Si Aril (Botak Juvana) yang terpaksa menjalankan tanggungjawab menjaga ibu saudara dan sepupu-sepupunya yang membenci dan memusuhinya. Watak ibu saudara yang benci sangat kat Aril dipegang oleh Zila Bakarin dan sepupunya yang perempuan nama Elysa (Fasha Sandha).

Jasman, pakcik Aril, membawanya pulangnya ke rumah kerana Aril anak yatim piatu yg membesar tanpa kasih sayang.Jasman pula telah menempatkan Aril dan Elysa di satu kolej supaya Aril dapat menjaga keselamatan anaknya di kolej dari diganggu oleh lelaki. Kira Aril ni jadi bodyguard Elysa lah.Oh yeah!(baru layan Oh yeah! tadi,kelakar beb!)

Ek eleh Aril,benci konon,Time Elysa Sakit haa baru tau sayang

Sebelum meninggal,Jasman sempat bagi pesan kat Aril (botak juvana) supaya menjaga anak-anaknya hingga mereka tamat pengajian. Walaupun Aril seorang samseng dan dianggap bermasalah lagi dibenci oleh ibu saudaranya (Zila Bakarin) dan sepupunya (Fasha Sanda), tapi dia terpaksa menjalankan tanggungjawab besar tu walaupun terpaksa berdepan dengan ibu saudaranya yg jadi penghalang.

Walaupun Aril ni nampak jahat dan liar, dalam diam dan ke'ego'annya, Aril menaruh hati dan menyintai sepupunya Elysa. Oleh sebab cinta yg kuat kepada Elysa, Aril masih duduk di rumah tu walaupun dibenci oleh mak saudaranya. Elysa mula-mula tak suka Aril, namun begitu lama-lama ELysa makin nampak yang sebenarnya Si Aril ni hati dia baik dan mula menyukai Aril secara diam-diam.

Ibu saudaranya menghalau Aril keluar dari rumah, dan waktu itu, Aril nak jugak bawak Elysa Sekali(padahal ELysa yang nak ikut dia). Aril menjalani kehidupan samseng untuk menyara diri dan Elysa. Elysa tak suka Aril hidup mencari rezeki cara tak elok dan mahu Aril berubahlah kan.SO, Demi cintakan Elysa, Aril cuba berubah dan mencari rezeki yang halal dan dia menerima segala nasihat dan teguran Elysa.

LEPAS TU???..Ahah nantikan Episod Seterusnya okayh..hihi(sekarang dah episod 10)

Sumber : Puan Bee

 Korang gemar fashion?SINI macam-macam ada jual maa

APA YANG UNIK SANGAT DRAMA ELYSA NI?

Ok.Kalau korang mintak pendapat Iz,apa yang Iz cakap ialah maybe daripada jalan citer dia yang tak terlalu standard kot.Sebab perangai Si Aril ni lain dari yang lain,dia marah-marah suka ati,halau orang suka hati,kurang ajar,padahal dalam masa yang sama dia minat jugak kat budak Elysa tu.Tau-tau lah camne Si Botak(juvana) tu berlakon kan.MEmang Terbaik.

Aril(botak Juvana) yang garang(dalam citer ni la)

Yang Kedua Kiz nak cakap pasal Fasha Sandha (ELysa).Ok kat luar mungkin ramai daripada kita termasuklah Kiz tak minat dengan Fasha disebabkan isu-isu yang dia dah buat plus lakonan drama dia yang kebanyakannnya menyampahkan(ada ke menyampahkan?) penontonkan macam gedik-bajet-orwhutsoeva lahkan.TApi dalam drama ni,lepas asyik duk tengok Cinta ELysa ni,sedikit sebanyak dia dapat merubah persepsi kita terhadap Fasha Sandha.

 Owh ELysa yang sopan santun

Dalam Drama nie,Fasha nampak macam baik sangat,innocent,lembut je.Tak caye?Haa cubalah tonton.Kat youtube semua episod dah ada orang upload.Kiz promote member Kiz Drama ni, lepas dia tengok episod 1 je terus dia sambung straight sampai episod 8 tau..Giler Tak Giler.Hihi

OKEHLAH,sekian saja review Drama Untuk Kali ini..Kang tulis panjang-panjang tak larat nak baca pulak kan..

P/S: kalau nak download citernya please kelik LINK ni okayh.(siap 'please' tu).

Jari Menaip,
   IzZ

Baju-baju dan kemeja lelaki yang cambest semuanya disini.Serius murah.Kelik SINI.

9 comments:

Daddylicious said...

kalau ada realiti begini pasti ohsem...

KizZ said...

Hihi...tu la pasal..romantik gitu

Aishah Jahirah(cik aisha) said...

kejap tgk, kjap xtgk cite ni....:)

KizZ said...

Aishah:
Hee..tak best eah?

c'axoera said...

errkk fasha! dun like hahaha

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

alahai akak x berminat lak nk tgk drama ni..

tp akak mmg suka fasha berlakon..kalau jd baik..baikkkkk sgt..kalau jahat (terutama watak perempuan miang) mmg kena sgt ah dgn dia..


si botak ni akak x minat plak..mungkin sbb akak dh x remaja kut haha

KhaiRin said...

sy lyn gitu2 je sbb slalu blk lmbt

BENA said...

bena gtu2 je tengok cite ni . tapi best tengok cte tentang dhia . alaaa yang kul 7 tuh . heeee ;)

Juz A Bluelygirlz.... said...

perghh cite ni the bez x pnh..miss larh..juz ar2 je..bb mnsyuart umno ap nth..grm jgk laaa

Masih Ada Plan B, Mari baca!