Tuesday, November 24, 2009

Banjir Oh! Banjir

Banjir oh banjir,
Kenapa engkau banjir,
Macammana aku tak banjir,
Kan dah sampai musim banjir(ulang 2X ya part nie!!)

Yeeha!Haa,best tak lagu tadi tu?Hampir 45 jam 31 min 2 saat setengah Kiz fikir nak buat lagu tu tau..Eh,percaya ke?Kiz gurau je ok...Hmm,cakap pasal banjir ni,Kiz terfikir-fikir bila hujan kat rumah iz ni nak berenti ya.Da hampir seminggu dah berlarutan.Sekejap hujan sekejap berenti,kejap hujan kejap berenti.Nak jalan-jalan pun semestinya susahlah ya.Haa,kalau kat kawasan yang bertanah rendah tu lagi lah kesian ek.Ok,jom kita baca laporan dari Iz di Terengganu ( Kononnya macam rancangan '999' lah ni)

Nampaknya,keadaan hujan berenti hujan berenti berterusan higgalah ke sabtu nie ya ( Menurut Laporan berita harian online ). Jalan disekitar Pantai timur pun banyak ditutup terutamanya di Dungun.Kan dah susah Iz & Keluarga nak balik Kampung kat Klang.Hmm,Kat rumah iz,air naik hingga ke satu anak tangga,nasib baiklah kampung iz dah bersiapsedia untuk menempuh musim tengkujuh ni dengan penggalian parit dan kerja memperbaiki saluran air yang rosak atau bocor.Nah,ni ada sikit gambar yang diambil dek iz.


Eh,tapi sebenarnya best jugak hujan-hujan banyak ni,cuaca sejuk aje..Tidur pun best,hehe.Ok,masuk tajuk balik.Walaubagaimanapun,Kiz lega sebab menurut berita harian online,mangsa banjir menurun kepada 6,899 orang berbanding 7,739 petang semalam kat terengganu.Uih,ramainya seyh.Jadi,apalagi,marilah kita sama-sama bantu mereka yang memerlukan dan sama-sama menjaga alam sekitar,tempat kita berteduh nih.Kenapalah insan-insan yang bergelar manusia ni suka sangat korek sana sini,teroka hutan tanpa kawalan ya?Pelik Kiz memikirkannya,tak ke 'mereka' ni fikir pasal kesan-kesannya nanti?Bagaimana pula 10 tahun akan datang?Zaman umur baya-baya Kiz ni da ada anak nanti?Sama-samalah kita merenungnya ok.Yeeha!

Gersang bumi tanpa hujan,
Gersang minda tanpa ilmu,
Gersang jiwa tanpa amal,
Gersang hati tanpa iman.
(Diambil daripada sebuah forum TV3 )


Best regards,

4 comments:

Unknown said...

banjir memang menimbulkan masalah..tapi pasti ada hikmahnya...

Unknown said...

setiap yang berlaku ada hikmahnya ;)

KizZ said...

Betul tu cik epal!Kiz sokong!

chentaMAYA said...

kampung saye maseh selamat!
hee~

Masih Ada Plan B, Mari baca!